minDLess piEcEs

By: cik mAss

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 24-Jun-2009 12:16 Email | Share | | Bookmark
menu hari ni...

 
 
 
batuk makin teruk...
tekak aku dah luka parah...
makan bubur lah jawab nyer...


Sunday, 21-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
me familia...

 
 
 
View all 6 photos...

macam2 happened kan? aku jer yang dah lama tak update page aku nii...
so, nih kek Hari Ibu wat Mak, Uwan, Mak Andak n Mak Cik gue...
Hari Bapa? belum lagi...


Thursday, 28-May-2009 12:28 Email | Share | | Bookmark
Farewell Lunch at Thistle, Port Dickson

Ming and Kak Iza (offset: Julie)
Ting, Kak Midah, Me and Ming
with Kak Iza
View all 6 photos...
Buffet lunch at Thistle, Port Dickson.
It's actually a farewell lunch conducted by my unit, wishing all leavers good luck!


Tuesday, 10-Feb-2009 08:32 Email | Share | | Bookmark
i was tagged by cik arizawati aris!

ok cik Jaja...saya jawabb ehhh...

nama : nama sebenar ku ialah Masniza binti Mansor (seperti yang tertera di surat beranak dan jugak di IC ku...skarang nama tu jugak yang tertera pada kad pekerja ku yang kian luntur tu!)

umur : pada 19 Oktober 2009 maka akan genap lah 29 tahun umur ku..erks...aku agak keliru dengan usia ku kini...oh..baru ku tersedar bahawa aku akan mencapai usia 30 tahun dalam masa setahun sahaja lagi...sungguh tak kusangka!

anak : aku merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga ku...aku mempunyai dua (2) orang abang, tetapi abang ku yang sulung telah meninggal dunia semasa dia masih bayi lagi. kini aku cuma punya seorang abang dan juga dua (2) orang adik lelaki.maka dipendekkan cerita,aku anak nombor tiga (3) dalam keluarga nukleus ku yang seramai enam (6) orang itu.

asal : aku dilahirkan di Hospital Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah semasa ayah ku berkhidmat di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani. tetapi itu tidak bermakna bahawa aku adalah berasal dari Kedah. sebalik nya, kedua ibubapa ku merupakan anak jati Negeri Sembilan. secara amnya, cuma aku yang dilahirkan di luar negeri, maksud ku di luar jajahan takluk Negeri Sembilan dimana kod negeri yang tertera didalam kad pengenalan ku adalah 02 dan bukan 05. walaubagaimanapun, aku dibesarkan di Negeri Sembilan dimana Nabil RL berasal!

makanan : menggemari makanan yang pedas, masam dan sedikit masin...aku makan hampir apa sahaja yang dihidangkan samada menu timur, barat, timur tengah, selatan dan utara...

minuman : hidangkan lah minuman yang bergula, bersusu atau tidak. asalkan minuman itu bebas dari alkohol. pernah terjadi, aku terminum JOLLY SHANDY semasa zaman kanak-kanak ku!

hobi : antara aktiviti masa lapang ku adalah bermain dengan kamera ku dan kamera adik ku disamping melayari Internet dan mengemaskini akaun facebook ku, friendster ku, dan juga fotopages ku. aku juga amat senang pergi bercanda, bercuti bersama keluarga dan teman-teman.

alamat skrang: kini menetap di Senawang, Seremban - City of God! dan alamat ku yang kedua adalah di dalam mobil ku yang ku anggap sebagai rumah kedua ku! aku juga boleh ditemui di Teluk Kemang, Port Dickson pada hari bekerja.

pekerjaan : kini bertugas sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah politeknik di Negeri Sembilan

status : ini adalah maklumat paling sukar dan sulit untuk aku pamerkan! aku masih bujang trang tang tang...

Bab perangai hodoh ni.....jenuh gak pikir walaupun aku punya banyak perangai HODOH...

Antara SEPLOH (10) perangai hodoh ku.....

1. aku suka merakamkan gambar tetapi amat malas untuk memproses gambar-gambar itu
2. aku berazam untuk melunaskan azam tahun baru ku untuk tahun baru yang lalu pada tahun hadapan
3. aku suka menyimpan spesimen-spesimen yang kurang berfaedah
4. aku suka merapu
5. aku juga suka bermonolog!
6. aku suka memberontak dalam diam
7. aku suka mengangguh kerja...yang aku tak suka!
8. aku suka makan dan makan
9. aku suka bernyanyi dengan kuat sambil memandu
10. aku suka mentertawakan orang


Sunday, 24-Aug-2008 10:31 Email | Share | | Bookmark
4 jam beriang ria di Kota Keriangan

aku dan kengkawan ku...
 
 

actually, aku pegi kursus kat Awana Genting masa cuti semester sesi Januari yang lepas...well, dek kesibukan kerje, aku tak sempat (memang tak sempat!) nak edit pics yang aku shot masa kat sana.
hmm...stay kat Awana Genting for about 4 days. pastuh sempat jugak kitorang naik ke City of Entertainment, kononnya buat assignment!

masing-masing berpakat beli tiket untuk indoor park...at least dapat jugak spent 4 hours dengan naik indoor rides, tengok citer 3D Alice in Wonderland yang buatkan aku teringat assignment masa zaman study - assignment masa matrix - yang amat sukses!
kesudahannya, kitorang naik teksi untuk sampai ke Awana Genting sebab nye aritu skyway system was under maintenance. nasib baik sempat sampai untuk sesi malam!
well...time cuti kalo kena pi kursus memang tak syok..tapi kalo kursus kat GEntInG...syiok banget! itu lah some of the advantages kije kerajaan (sebelum kursus di hotel dibekukan laaa...) dapat pi outstation, kije disamping bercuti ngan kengkawan! aper orang cakap? CHOGM? Cheap Holiday On Goverment's Money?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net